ALOR SETAR: Pesawah di negara ini hairan dengan kehilangan beras tempatan di pasaran walaupun jumlah tuaian padi di seluruh negara hampir sama setiap tahun. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Badan Bertindak Petani, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Che Ani Mat Zain berkata, ketiadaan beras tempatan di pasaran seolah-olah menggambarkan para petani langsung tidak menuai sebarang hasil atau tidak sampai lima peratus pengeluaran. Sedangkan kata beliau, pesawah di kawasan MADA sahaja…