KUANTAN: Tiga penjenayah Geng Centro yang ditembak mati di Kilometer 17, Jalan Pintasan Pekan-Kuantan di sini dipercayai terlibat dalam kes pecah masuk kedai emas dan samun yang semuanya membabitkan kerugian lebih RM4 juta. Kejayaan pukul 11.30 malam itu hasil kerjasama pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Selangor dan Pahang yang melakukan risikan sejak Jun lalu. Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, geng penjenayah itu dipercayai terbabit enam kes…










