PETALING JAYA: Sudah tiba masanya kerajaan mengisytiharkan ‘perang’ terhadap ekonomi bayangan atau ekonomi bawah tanah yang kini dianggarkan bernilai antara RM330 bilion sehingga RM350 bilion setahun, bagi meningkatkan hasil sektor percukaian negara. Jumlah tersebut merangkumi kira-kira 30 peratus daripada hasil tahunan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara yang tidak dicukai hasil daripada aktiviti ekonomi secara haram seperti penyeludupan dadah, rokok, minyak diesel, minyak masak bersubsidi, beras tempatan sebagainya. Ekonomi tersebut…