SEREMBAN: Warga asing sama sekali dilarang menjalankan aktiviti perniagaan di tapak bazar Ramadan termasuk termasuk sebagai pekerja. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J. Arul Kumar berkata, objektif penganjuran bazar Ramadan adalah bagi membolehkan peniaga kecil tempatan menjana pendapatan sempena Ramadan. “Jadi tiada tempat untuk warga asing berniaga dan juga peniaga yang menggajikan warga asing di bazar Ramadan kerana mereka tidak layak. Larangan sama turut dikuatkuasakan…









