GUA MUSANG: Kira-kira 500 penduduk di kawasan Perumahan Bandar Utama Gua Musang (BUGM) di sini gempar apabila kebun durian Musang King yang terletak berhampiran penempatan mereka di Bukit Durian terbakar, semalam. Kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu menyebabkan lebih 10 pokok durian Musang King telah terbakar. Pengurus Keselamatan dan Kesihatan pekerja Perumahan BUGM, Mohd. Suhairizan Hassan, 43, berkata, kejadian itu disedarinya pada pukul 6 petang selepas dimaklumkan oleh pekerja yang…










