PUTRAJAYA: Pihak pendakwaan dalam kes rasuah melibatkan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad tidak boleh mengubah ‘tiang gol’ sesuka hati mereka. Ketika membacakan penghakiman ringkas panel tiga hakim yang turut dianggotai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S.M. Komathy Suppiah pada rayuan kes tersebut, Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Vazeer Alam Mydin Meera berkata, pihak pendakwaan telah mengemukakan dua naratif berbeza dalam kes mereka. “Dalam pertuduhan dan ucapan…










