Pemandu treler rentung 

Pemandu treler rentung 

SEBUAH treler terbakar dalam nahas dua buah kenderaan berat di Kilometer 255, Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara), di Seremban petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang pemandu treler maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan berat di Kilometer 255, Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara), di sini, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan berkata, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 3.20 petang.

“Sebaik tiba di lokasi, terdapat kebakaran membabitkan sebuah treler membawa muatan kontena kosong susulan daripada kemalangan jalan raya melibatkan dua buah treler yang terbabas jatuh ke dalam gaung kira-kira 10 meter.

“Terdapat seorang mangsa, lelaki berusia anggaran 30-an telah tersepit dan rentung telah dikeluarkan oleh pihak bomba dan telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ujarnya lagi, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada pukul 5.24 petang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN