MUAR: Seorang pemandu maut apabila lori yang dipandunya terbabas lalu terjunam ke dalam parit di Jalan Pancor berhampiran Kampung Semaseh, di sini hari ini
Dalam kejadian pada pukul 12 tengah hari itu, mangsa yang berusia 36 tahun meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila lori dipandu oleh mangsa dalam perjalanan dari Bukit Gambir ke Bukit Pasir.
Menurutnya, setibanya di lokasi kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan dan lori terbabas ke kiri jalan lalu terjunam ke dalam parit.
“Akibat kemalangan mangsa telah mengalami kecederaan dan dibawa dengan ambulans ke hospital. Mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 2.18 petang semasa dalam perjalanan ke hospital,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Raiz Mukhliz berkata, dalam kejadian berasingan pada pukul 5.50 petang, seorang remaja berusia 18 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah treler di Kilometer 132, Lebuhraya Utara-Selatan dalam
Siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu treler warga tempatan memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan akibat masalah enjin.
“Pemandu treler juga telah memasang kon, namun tiba-tiba datang sebuah motosikal melanggar bahagian kanan kenderaan terbabit. Akibat kemalangan mangsa, yang mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.
Jedua-dua kejadian itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN










