Pemandu lori balak maut digilis backhoe - Utusan Malaysia

Pemandu lori balak maut digilis backhoe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Seorang pemandu lori maut digilis jentera berat atau backhoe setelah tergelincir ketika sedang mengikat balak di atas lorinya di kawasan matau balak di kilometer 26 Jalan Jerantut-Padang Piol di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang semalam, mangsa, Saifulnizam Zakaria, 41, beralamat di Kampung Pajoh, Jerangsng, Benta, Lipis, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis. Jerantut, Superintenden Azman Mat Kamis berkata, siasatan dijalankan mendapati, kemalangan berlaku ketika Saifulnizam sedang mengikat balak yang berada di atas lori trelernya jenis Nissan dengan menggunakan rantai besi.

“Semasa mangsa sedang mengikat balak tersebut, dia. tergelincir dan terjatuh di belakang kenderaan lori trelernya.

“Ketika itu, pemandu jentera berat (backhoe loader) sedang menjalankan kerja mengangkat balak dan tidak menyedari mangsa berada di belakang jentera berat itu dan telah menggilisnya. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di ibu pejabat polis daerah (IPD) di sini.

Azman berkata, siasatan lanjut dijalankan dan kes disiasat di bawah Sek 304A Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN