PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Jemaah Menteri membuat tindakan susulan mengenai komitmen pelaburan diraih negara menerusi lawatan ke Australia baru-baru ini. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, dalam mesyuarat Kabinet semalam, Perdana Menteri mahu tindakan itu disegerakan dan beberapa menteri berkaitan diarahkan membantu perkara itu. Katanya, ia lawatan yang sangat berjaya kerana berupaya menarik minat pelaburan berjumlah RM24.5 bilion selain mengembangkan pelaburan sedia ada. “Komitmen pelaburan itu diperoleh hasil pertemuan Perdana Menteri dengan 20 syarikat Australia di Melbourne termasuk empat memorandum persefahaman (MoU) dimeterai,” katanya pada sidang akhbar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya