Guan Eng minta tambah peruntukan rumah ibadat bukan Islam

PARLIMEN: Guan Eng minta tambah peruntukan rumah ibadat bukan Islam

LIM GUAN ENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menambah peruntukkan untuk rumah ibadat bukan Islam sebanyak RM50 juta lagi menjadikan jumlah keseluruhan kepada RM100 juta.

Lim Guan Eng (PH-Bagan) mengulangi saranan itu semasa sesi perbahasan titah diraja hari ini selepas peruntukkan berkenaan ketika ini didakwa cuma berjumlah RM50 juta.

“Seperti mana dalam ucapan sebelum ini tentang peruntukan untuk rumah ibadat bukan Islam…sekarang RM50 juta, bolehkah tambah RM50 juta jadi RM100 juta?

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau berikan RM2 bilion untuk program bumiputera kita sokong, saya ingat boleh tambah untuk yang bukan bumiputera,” katanya pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Guan Eng turut meminta kerajaan menyemak semula cukai baharu yang diperkenalkan termasuk kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dan Cukai Barang Mewah.

Katanya, ikerajaan boleh menangguh pengenalan cukai itu sekiranya ia menambah beban kepada peniaga dan rakyat dalam keadaan pertumbuhan ekonomi yang tidak menentu.

“Jadi, adalah diharap pertimbangan dan semakan semula boleh dibuat supaya cukai baharu termasuk kadar cukai SST yang ditambah lapan peratus boleh dipertimbang dan disemak semula,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini