Nadir bumi: Kerajaan akan rangka pendekatan menyeluruh

Nadir bumi: Kerajaan akan rangka pendekatan menyeluruh

PEKERJA Lynas sedang memeriksa unsur nadir bumi yang hendak dihantar ke Malaysia pada 23 Ogos 2019. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan me­rang­ka pendekatan penyeluruh bagi memanfaatkan sumber nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) termasuk bagi menarik lebih banyak pemain dalam industri berkenaan.

Menteri Sumber Asli dan Kelesta­rian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pendekatan itu akan di­bincangkan oleh pihaknya dengan kerjasama Kementerian Ekonomi, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

“Buat masa ini, China me­nguasai industri NR-REE tetapi ada minat besar dari negara lain seperti Eropah, Amerika Syarikat, Jepun, Korea dan Australia.

“Pendirian kita terbuka, kita sudah pun ada kilang mempro­ses di Pahang dan kita ada melihat beberapa penambahbaikan yang boleh kita buat dari segi dasar yang melibatkan industri nadir bumi supaya menarik lebih banyak pemain,” katanya semasa sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan Howard Lee Chuan How (PH-Ipoh Timor) berhubung strategi negara dalam perkara itu.

Sementara itu, Felo Perunding Utama Pusat Kelesta­rian Mineral dan Teknologi Pe­mulihan Sumber (Pusat SMaR­RT), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Datuk Ir. Dr. Badhrulhisham Abdul Aziz berkata, unsur nadir bumi tempatan, Lempung Jerapan Ion (IAC-REE) tidak berbahaya dan sisa buangannya tidak menjejaskan alam sekitar.

Beliau berkata, ini kerana kadar thorium dan uranium iaitu kandungan radioaktif IAC-REE berada di tahap yang rendah.

“Perlombongan nadir bumi IAC-REE tidak memerlukan pembinaan kilang untuk rawatan sisa buangan seperti kilang Lynas Malaysia Sdn. Bhd. (Lynas). IAC-REE dimiliki Malaysia kandungan bahan radioaktif IAC-REE bawah 1 Bq (Becquerel)/g iaitu had yang ditetapkan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB),’’ katanya.

Badhrulhisham berkata, berbanding bahan mentah serta sisa penulenan air larut lesap (WLP) dari Australia yang diproses di Lynas, bahan radioaktifnya mencecah 6 Bq/ .

Menurut beliau, memandang­kan perlombongan nadir bumi IAC-REE mempunyai thorium dan uranium berada di bawah paras yang dihadkan AELB, maka tiada keperluan rawatan sisa buangan.

“Model asas yang dibangunkan UMPSA adalah berpaksikan kerangka perlombongan bertanggungjawab yang mengambil kira aspek Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) bagi melindungi alam sekitar dan keselamatan masyarakat.

“Malah, perlu difikir dan di­utamakan adalah pemprosesan semula sisa buangan sebagai sumber sekunder bagi penjanaan pelbagai mineral yang lain termasuk elemen nadir bumi. Ini adalah bentuk inovasi pemulihan sumber yang cuba dibangunkan oleh Pusat SMaRRT UMPSA,” katanya.

Utusan Malaysia melaporkan bahawa kilang pemprosesan nadir bumi oksida negara mampu menjana pendapatan lebih RM7 bilion setahun jika direalisasikan berdasarkan permintaan tinggi bahan mineral itu yang dianggarkan antara 40,000 hingga 70,000 tan metrik pada 2030.

Anggaran kasar kos untuk membina kilang tersebut contohnya bagi kapasiti pengeluaran 20,000 hingga 30,000 tan setahun antara RM1.5 hingga RM2 bilion.

Beliau menjelaskan, nadir bumi merupakan industri yang begitu kritikal dan strategik dalam pembangunan tenaga bersih, tenaga hijau, kenderaan elektrik, industri pemangkin, pertahanan, elektronik dan lain-lain.

“Dengan mengambil langkah-langkah bijak dalam mengurus sesebuah industri penting se­perti industri nadir bumi serta mengambil kira secara serius kepentingan ESG dan SDG, kita akan dapat maju ke hadapan de­ngan lebih cepat,” jelasnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN