Mekanik maut nahas ketika konvoi motosikal - Utusan Malaysia

Mekanik maut nahas ketika konvoi motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Seorang penunggang motosikal maut apabila terbabit dalam nahas tiga buah kenderaan di Kilometer 2, Jalan Sri Puteri-Ulu Kanchong, di sini, pukul 2.15 petang tadi.

Jurucakap polis berkata, mangsa berusia 22 tahun yang bekerja sebagai mekanik berasal dari Pantai Dalam, Kuala Lumpur disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, penunggang motosikal tersebut bersama sekumpulan konvoi dari arah Jalan Sri Puteri menghala ke Ulu Kanchong dan sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa telah memotong motosikal rakan-rakannya di laluan berselekoh.

“Mangsa kemudiannya telah hilang kawalan lalu terlanggar kereta jenis Honda City dan seterusnya terlanggar sebuah lagi kereta jenis Toyota Vios dilaluan bertentangan dan jatuh semula dilaluannya.

“Akibat daripada kemalangan ini, mangsa telah mengalami kecederaan patah tangan sebelah kanan dan kecederaan dalaman di bahagian dada serta perut dan telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini.

Ujarnya lagi, pemandu dua buah kenderaan lagi iaitu lelaki masing-masing berusia 40 dan 33 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Menurut beliau, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau untuk proses bedah siasat yang dijalankan kira-kira 5 petang tadi.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN