BUTTERWORTH: Sebuah masjid di Pulau Pinang menerima tajaan untuk berbuka puasa sehingga mencecah RM90,000 daripada 30 penaja sepanjang bulan Ramadan. Difahamkan tajaan tersebut membolehkan Masjid Sembilang di Seberang Jaya di sini memperuntukkan sehingga RM3,000 untuk menyediakan juadah berbuka kepada kira-kira 400 jemaah pada setiap hari. Setiausaha Jawatankuasa Kariah Masjid Sembilang, Mohd. Naqi@Rashid Md. Ali berkata, pihak masjid memang menyasarkan jumlah jemaah sekitar angka tersebut pada setiap tahun dan juadah pula kebiasaannya disediakan oleh penaja sendiri manakala mereka cuma membantu menyediakan juadah sampingan seperti kuih-muih. “Sudah 11 tahun kami amalkan tradisi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya