PETALING JAYA: Malaysia dan Jerman senada menggesa gencatan senjata kekal dilaksanakan di Semenanjung Gaza selain pembebasan tawanan dan membenarkan penghantaran bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin disegerakan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya, Canselor Jerman, Olaf Scholz membuat gesaan tersebut selepas kedua-dua pemimpin itu mengadakan pertemuan dua hala di Canselori Persekutuan, Jerman hari ini. Menurut Anwar, kedua-dua pihak juga bersetuju peperangan di Gaza perlu ada titik noktah yang…