PONTIAN: Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) akan membaik pulih sebanyak 280 buah rumah golongan asnaf pada tahun ini dengan kos RM7 juta bagi memberi keselesaan kepada mereka. Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Nasri Ali berkata, setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan mendapat lima buah rumah untuk dibaik pulih dengan harga siling sebuah sebanyak RM18,000. Pemilihan bagi menentukan asnaf yang layak menerima bantuan tersebut ditentukan oleh tiga pihak, iaitu Ahli…