Luluh hati ibu, barangan keperluan bersalin terbakar

Luluh lihat barangan bersalin hangus

SITI Rohaya Abdullah tinggal sehelai sepinggang apabila rumahnya musnah  dalam kebakaran di Kampung Tok Rusa, Meranti, Pasir Mas, Kelantan-UTUSAN/ROHANA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Luluh hati seorang ibu yang sarat mengandung tujuh bulan selepas barangan keperluan bersalin untuk anak kelapannya terbakar dalam kejadian di Kampung Tok Rusa, Meranti, kelmarin

Kejadian pukul 12.30 tengah hari itu menyebabkan Siti Rohaya Abdullah, 35, dan suaminya, Ropee Yusof, 42, serta tujuh anak mereka tinggal sehelai sepinggang.

Siti Rohaya berkata, semasa kejadian, dia sedang menggoreng ikan untuk makan tengah hari anak bongsunya berusia tiga tahun sebelum ternampak api dari bilik salah seorang anaknya.

“Saya kemudian meminta bantuan anak sulung berusia 18 tahun yang berada di luar rumah untuk memadamkan api, namun gagal.

“Saya terus mendukung anak bongsu dan keluar menyelamatkan diri. Semasa kejadian, suami tiada di rumah kerana keluar bekerja,” kata­nya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Dia yang kini menum­pang di rumah ibunya membe­ritahu, kebakaran turut menyebabkan sebuah kereta milik pelanggan yang dalam proses mengecat musnah.

Pasukan bomba berjaya me­ngawal api pada kira-kira pu­kul 1.40 petang, namun rumah mangsa terbakar 100 peratus. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN