PETALING JAYA : Polis merakam keterangan lima individu bagi membantu siasatan untuk mengesan kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, Siti Dhia Batrisyia Mohd Chairil Anuar yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Perumahan Awam Sri Selangor, Jalan San Peng pada Selasa lalu. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, mereka yang diambil keterangan terdiri daripada ahli keluarga dan rakan kanak-kanak berkenaan. “Kanak-kanak itu masih belum ditemukan sehingga kini,”jelasnya. Terdahulu, tular di media sosial kanak-kanak berusia 12 tahun, Dhia Batrisyia dilaporkan hilang selepas gagal dikesan sejak Selasa lalu. Susulan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya