Lelaki warganegara Hong Kong antara lapan individu ditahan JIM

Lelaki warganegara Hong Kong antara lapan individu ditahan JIM

SEBAHAGIAN pati yang ditahan oleh JIM Kelantan dalam serbuan di sekitar Kota Bharu, Kelantan-IHSAN JIM KELANTAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU:  Seorang lelaki warganegara Hong Kong antara lapan warga asing yang dicekup Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menerusi Ops Sapu/Belanja di sekitar daerah ini.

Kesemua individu yang ditahan menerusi operasi pukul 10 malam kelmarin sehingga 4 pagi semalam itu tidak memiliki sebarang pas atau permit sah dan tinggal lebih masa di negara ini.

Pengarahnya Mohd. Faizal Shamsudin berkata, kesemua warga asing yang ditahan dihantar ke Depot Imigresen Tanah Merah untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, selain itu enam warganegara Thailand dan seorang lelaki Indonesia turut ditahan menerusi operasi tersebut.

“Semua individu yang diberkas itu masing-masing berusia dalam lingkungan 30 tahun hingga 50 tahun.

“Mereka diberkas di beberapa premis di Bangunan Majlis Daerah Jalan Pasar, Jalan Che Su, Jalan Post Office Lama, beberapa buah rumah di Kampung Che Deris dan Kampung Pulau Gajah Tengah di sini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Faizal memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15 (1) akta sama.

Katanya, JIM Kelantan menggesa supaya orang ramai tampil menyalurkan maklumat tentang pendatang asing tanpa izin (PATI) atau sebarang aktiviti warga asing yang menyalahi undang-undang.

Tambahnya, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap pihak yang mendalangi dan bersubahat dalam melindungi PATI.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN