KOTA BHARU: Polis menahan seorang lelaki dan merampas 20,000 biji pil yaba dalam serbuan di parkir hadapan Kompleks Kota Darulnaim di sini kelmarin. Penahanan suspek berusia 28 tahun itu dilakukan pada pukul 5 petang oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan. Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, semasa anggota bertugas menghampiri suspek, dia bertindak melarikan diri. Menurutnya, bagaimanapun tindakan itu gagal…