Langgar lampu merah: Wanita maut motosikal dirempuh bas ekspres - Utusan Malaysia

Langgar lampu merah: Wanita maut motosikal dirempuh bas ekspres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Seorang wanita maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah bas ekspres dalam kejadian di Kilometer 10, Jalan Bahau-Kemayan, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kemalangan kira-kira pukul 4.40 pagi itu dipercayai berlaku semasa bas ekspres yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 47 tahun yang membawa penumpang dalam perjalanan dari Kuala Perlis hendak ke Mersing. 

Menurutnya, pada ketika itu, lampu isyarat sedang berwarna hijau telah meneruskan perjalanan menghala ke arah Keratong. 

“Setiba di lokasi kejadian, bas ekspres tersebut telah melanggar sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang wanita berusia 22 tahun dari arah Bahau hendak pulang ke kampungnya di Felda Raja Alias 1 yang dipercayai telah melanggar lampu isyarat merah.

“Akibat daripada kemalangan tersebut, penunggang motosikal tersebut telah tercampak ke atas jalan dan meninggal dunia ditempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala, perut dan patah kaki kanan manakala motosikalnya telah diseret sejauh lebih kurang 60 meter,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Chang Hook lagi, pemandu serta penumpang bas tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pemandu bas telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Polis meminta agar saksi kejadian yang mempunyai maklumat supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Muhammad Imran Sharwandy Suwandi Yazid di nombor 012- 6434489 bagi membantu siasatan.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN