Lagi tulang ditemukan sah milik Bella

Lagi tulang ditemukan sah milik Bella

NORHISHAM SAMSUSAH bersama Eusof menyiram air mawar di pusara Mira Sharmilah Samsusah selepas mengebumikan tulang yang ditemui pada 28 Februari lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap enam ketul tulang yang ditemui berdekatan lokasi penemuan rangka Bella di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah di sini bulan lalu disahkan milik wanita malang itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani ketika dihubungi mengesahkan sampel patologi rangka manusia yang dihantar ke Jabatan Kimia Johor pada 28 Februari lalu diperoleh kelmarin.

“Melalui laporan diterima pihak polis mengesahkan hasil analisis DNA sepadan dengan sampel yang diambil daripada ibu dan kakak Bella.

“Pihak polis telah menghubungi keluarga Bella untuk menuntut tulang itu di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru,” katanya.

Tulang terbabit ditemukan oleh pemandu jengkaut berhampiran di lokasi penemuan rangka Bella yang mati dipercayai dibunuh teman lelakinya pada 11.30 pagi 28 Februari lalu.

Sementara itu, kayak Bella iaitu Norhisham Samsusah berkata, keluarganya bersyukur kerana ujian forensik mengenai tulang mengesahkan ia memang milik arwah adiknya.

“Sekali lagi perasaan kami bercampur aduk, sebak, sedih, kecewa dan marah semua ada. Bila agaknya luka di hati kami akan pulih,” katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya, tulang tersebut telah dituntut kelmarin dan dikebumikan di pusara Bella di Tanah Perkuburan Islam Banang Jaya, di sini.

“Di bulan yang penuh keberkatan ini, saya memohon jasa baik semua pihak mendoakan arwah.

“Semoga Allah ampunkan segala dosa arwah dan menerima amalan serta mengangkat darjatnya di sisi Allah,” katanya.

Jelasnya lagi, dia sekeluarga berharap tulang lain iaitu kaki dan bahagian belakang yang hilang akan dijumpai secepat mungkin.

Bella dilaporkan hilang pada malam 14 Disember tahun lalu, sebelum rangka miliknya tidak sempurna ditemukan di rumah sewa terbiar selepas 36 hari kehilangannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×