KPDN Kelantan pantau kemasukan kurma dari Israel

KPDN Kelantan pantau kemasukan kurma dari Israel

AZMAN Ismail (kiri)  semasa sidang media di Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan di Kota Bharu, Kelantan hari ini.-IHSAN KPDN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan melakukan pemantauan setiap hari termasuk di seluruh bazar Ramadan bagi mengesan kemasukan kurma yang dikatakan dari Israel.

Pengarahnya, Azman Ismail, setakat ini KPDN Kelantan tidak mendapat aduan berkait perkara tersebut.

“Jika ada pihak menukar bungkusan sekali pun, tindakan akan diambil kerana mengelirukan pengguna.

“Oleh itu, saya mohon orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil membuat aduan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, KPDN memberi amaran keras terhadap pihak yang didapati menukarkan bungkusan kotak kurma sehingga mengelirukan pembeli.

Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, mereka juga berdepan hukuman denda sehingga RM100,000 bagi individu dan RM250,000 buat syarikat jika didapati bersalah.

KPDN mengambil maklum video yang tular di media sosial berhubung seorang individu atau peniaga yang didakwa menukar bungkusan kotak kurma dari Israel untuk dijual di pasaran dalam negara.

Terbaharu, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 73 pek kurma ‘Organic Jumbo Medjool Dates’ dipercayai produk dari Israel, dalam serbuan ke atas sebuah gudang di Klang, semalam.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Sazali Mohamad, berkata rampasan itu membabitkan pek kurma seberat 14.6 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM678.

Beliau berkata, serbuan jam 11.30 pagi itu dilakukan Bahagian Penguatkuasaan JKDM Zon Tengah II Selangor susulan video tular dalam media sosial mendakwa terdapat sebuah premis menjual kurma disyaki produk dari Israel.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN