GEORGE TOWN : Kira-kira 60 peratus pekerja di negara ini tidak sihat kerana memiliki bacaan kolestrol tinggi manakala 23.52 peratus bergelut dengan isu berat badan berlebihan atau obesiti. Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata,itu kesimpulan yang dibuat hasil saringan kesihatan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) terhadap 175,526 pekerja berumur 40 tahun ke atas bermula tahun lepas hingga 29 Februari lalu. “Selain itu, 20.45 peratus pekerja berdepan masalah darah…