KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan memohon maaf dan mengakui tidak mampu menyelenggara serta menyediakan bekalan air bersih mencukupi kepada rakyat sepanjang musim kemarau yang sedang melanda negeri ketika ini. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri Datuk Dr. Izani Husin berkata, hal ini kerana kesemua langkah penyelesaian mengambil masa yang agak lama untuk diselesaikan. “Jadi…saya mohon maaf kerana kita terpaksa dan sudah tidak boleh buat apa. Kerajaan…










