ALOR SETAR: Kerajaan negeri mengakui tidak memiliki simpanan air terawat semasa sehingga tidak mampu menampung permintaan sekiranya berlaku gangguan bekalan asas itu di Kedah. Bagaimanapun Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air dan Alam Sekitar negeri, Mohamad Yusoff Zakaria berkata, Kedah memiliki sumber air mentah yang banyak. Malah ujarnya, kadar rizab air terawat di negeri ini dijangka meningkat kepada 15 peratus pada 2030 berbanding sifar peratus ketika ini selepas…










