Kanak-kanak perempuan antara tiga maut kemalangan

Kanak-kanak perempuan antara tiga maut kemalangan

ANGGOTA Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai berusaha mengeluarkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan di jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Kampung Pahi, Kuala Krai, Kelantan, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Seorang kanak-kanak perempuan antara tiga yang maut dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta di jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Kampung Pahi, di sini pagi tadi.

Kejadian pukul 1.35 petang itu turut empat lagi mangsa mengalami kecederaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Nik Ahmad Afsham Nik Pa, berkata kejadian kira-kira jam 1.40 tengah hari.

Menurutnya, setiba di lokasi BBP Kuala Krai mendapati dua buah kereta masing-masing dari jenis Perodua MyVi dan Nissan telah terlibat dalam kemalangan tersebut.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, seorang lelaki, wanita dan kanak-kanak perempuan yang menaiki Perodua MyVi telah meninggal dunia di lokasi.

“Ketiga-tiga mayat tersebut dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra untuk tindakan lanjut,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN