PONTIAN: Karipap atau epok-epok merupakan makanan popular di Malaysia, Brunei, Thailand dan Singapura yang mengandungi pelbagai perisa bergantung kepada intinya, sama ada kentang, daging dan sardin. Namun bagi seorang peniaga kuih-muih di bazar Ramadan Pekan Ayer Baloi, Ramli Basri, 59, dia menampilkan jualan karipap besar atau karipap gergasi bagi menarik perhatian pembeli. Katanya, bagi permulaan, dia hanya menjual 20 keping karipap gergasi yang dibuat oleh anaknya, Siti Soleha, 27, bagi…