SEREMBAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Sembilan berjaya menumpaskan dua sindiket pengedaran rokok putih dan minuman keras masing-masing pada 26 Februari dan 1 Mac lalu. Pengarah JKDM Negeri Sembilan, Mohammad Hafiz Ishak berkata, untuk kes pertama pada 26 Februari lalu itu, sepasukan anggota Kastam dari Bahagian Penguatkuasaan JKDM Negeri Sembilan telah menahan tiga unit kontena di Pelabuhan Klang Utara, Selangor lebih kurang pukul 12 tengah hari. “Hasil pemeriksaan rapi…










