Jeruk belimbing buluh Chenor laris sepanjang Ramadan

Jeruk belimbing buluh Chenor laris sepanjang Ramadan

TENGKU Hasani Tengku Ahmad menunjukkan jeruk belimbing buluh, makanan tradisional Melayu Chenor yang laris pada bulan Ramadan ini. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Setiap kali Ramadan, Chenor menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli makanan tradisional popular di sini bagi dijadikan juadah berbuka puasa.

Satu daripada makanan pembuka selera yang menjadi pilihan ramai adalah jeruk belimbing buluh asam boi pedas yang boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan bahan utama masakan ikan dan udang Sungai Pahang.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pengusahanya, Tengku Hasani Tengku Ahmad, 62, berkata, jeruk belimbing buluh versi pedas dan masam manis serta sira gula mendapat permintaan menggalakkan.

“Produk ini ada dipasarkan di Bazar Ramadan Indera Pahlawan Chenor sepanjang Ramadan. Malah turut dijual menggunakan kaedah penghantaran tunai (COD) kepada peminat jeruk belimbing buluh.

“Setiap bekas seberat 450 gram dijual hanya RM10 mendapat permintaan menggalakkan daripada pengunjung di Bazar Ramadan dan melalui COD,” katanya di sini semalam.

Tengku Hasani berkata, semua bahan mentah diambil dari pokok belimbing yang berbuah lebat di pinggir jeti Sungai Pahang di Pekan Lama Chenor.

“Untuk membuatnya, belimbing buluh diadun bersama garam, gula, lada dan asam boi disimpan beberapa hari sebelum dipasarkan di bazar Ramadan,” katanya.

Katanya, selain jeruk belimbing, dia turut menjual sambal hitam belimbing buluh berharga RM90 sekilogram dan RM10 sebekas seberat 100 gram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN