KOTA BHARU: Kerajaan perlu memastikan beras putih tempatan yang akan dijual di dalam negara tidak dicampur dengan beras import bagi menjamin masa depan industri berkenaan. Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Kangkong (PPK), Datuk Aimi Jusoh berkata, beliau bimbang sekiranya beras yang bakal dijual adalah campuran beras tempatan dan import, ia boleh membunuh industri padi dan beras negara pada masa hadapan seterusnya menggugat keterjaminan makanan. “Kerajaan perlu meneliti perkara ini secara lebih mendalam,” katanya kepada Utusan Malaysia. Mengenai harga beras putih tempatan, beliau berpendapat, harga sebanyak RM32 untuk 10 kilogram (kg) dilihat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya