PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui kelemahan aspek penguatkuasaan dan pemantauan menyebabkan negara ‘kehilangan’ beras putih tempatan (BPT) di pasaran. Perdana Menteri berkata, beliau mahu semua pihak lebih tegas dan kerap melakukan pemantauan dan tinjauan bukan sahaja mengenai soal beras, sebaliknya barangan keperluan lain. Menurutnya, mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) baru-baru ini menggambarkan bahawa kerajaan tegas dalam soal harga dan bekalan beras. “NACCOL sebelum ini memutuskan beras putih import…