Individu profil tinggi sasaran ejen Israel?

Individu profil tinggi sasaran ejen Israel?

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap penahanan lelaki warga Israel di sebuah hotel di Jalan Ampang pada Rabu lalu menjurus sama ada suspek adalah ejen perisikan yang diupah untuk melakukan serangan terhadap individu tertentu di negara ini atau sebaliknya.

Satu sumber mendedahkan kepada Mingguan Malaysia, kemungkinan ini berada dalam radar siasatan PDRM selepas suspek disyaki menawarkan upah lebih RM500,000 kepada individu disyaki rakyat tempatan untuk mencari dan membunuh seseorang.

Ekoran penahanan warga Israel bersama enam pucuk senjata dan 200 butir peluru itu, polis turut menahan pasangan suami isteri rakyat Malaysia yang disyaki menjadi pembekal senjata kepada lelaki berkenaan.

Sumber memberitahu, pasangan berusia 41 dan 43 tahun itu telah membeli senjata api berkenaan di Thailand atas arahan seorang individu warga asing yang dikenali secara dalam talian untuk diserahkan kepada seorang lelaki disyaki rakyat Israel berkenaan.

“Soal siasat polis terhadap pasangan itu selepas mereka ditahan di bazar Ramadan di Kuala Selangor pukul 7.30 malam semalam mendapati suspek disyaki mengakui telah menyerahkan empat pucuk senjata api kepada lelaki Israel itu.

“Namun, satu daripada senjata yang diserahkan dipulangkan semula lelaki berkenaan kepada pasangan itu sebelum disimpan di dalam bonet ken­deraan jenis Honda Jazz milik­nya,” katanya.

Mengulas lanjut, sumber itu berkata, semakan masih dilakukan polis dengan pihak kedutaan Perancis bagi menye-mak sama ada suspek tersebut benar-benar rakyat negara itu atau tidak.

“Ada negara yang membenarkan seseorang memiliki dua kerakyatan. Namun, tidak mustahil mereka yang ada dua identiti ini berkemungkinan adalah ejen perisik.

“Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan memandangkan siasatan polis masih lagi berjalan ketika ini,” jelas sumber itu.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi berkata, siasatan dibuat dari pelbagai sudut termasuk mengapa suspek memiliki banyak senjata dalam simpanannya.

“Kalau betul dia mahu mengancam, entah-entah saya juga boleh jadi sasarannya.

“Kita juga tidak menolak kemungkinan suspek mempunyai agenda lain seperti saya nyatakan semalam akan melihat adakah dia mahu mengancam keselamatan Yang di-Pertuan Agong atau Perdana Menteri Malaysia atau juga orang berkepentingan lain.

“Jadi, buat masa ini siasatan menjurus ke arah itu,” katanya di sini, semalam.

Razarudin turutmengesah­kan mengenai pena­hanan se­pa­sang suami isteri warga tem­patan kerana disyaki membekalkan senjata api kepada lelaki warga Israel.

Razarudin berkata, kedua-dua mereka direman tujuh hari bagi siasatan mengikut Akta Senjata 1960 dan beliau enggan mengulas lanjut.

“Siasatan lanjut masih berjalan dari semua sudut bagi mengesan mereka yang terlibat,” katanya ringkas.

Terdahulu, media melaporkan, penahanan pasangan itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di bazar Ramadan di Kuala Selangor.

Berpandukan maklumat pa­sangan berkenaan, polis kemudian menemukan sepucuk pistol berwarna perak berhulu coklat di dalam bonet kereta jenis Honda Jazz milik mereka.

Kelmarin, seorang lelaki warga Israel menggunakan pasport Perancis untuk masuk ke ibu negara terbongkar selepas dia ditahan sebelum menemukan enam pucuk senjata api bersama 200 butir peluru.

Lelaki berusia 36 tahun yang masuk ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menaiki penerbangan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Malaysia.

Pemeriksaan di bilik hotel menemukan semua senjata api jenis Glock 19 Marine, Glock 17 Gen 4; Smith and Wesson; Sih Sauer dan Stoeger serta peluru yang diletakkan di dalam beg miliknya.

Kesemua senjata berkenaan dibeli suspek sebaik sahaja tiba di negara ini menggunakan mata wang kripto.

Kehadiran lelaki itu di negara ini didakwa bagi membunuh seorang rakyat Israel disyaki berada di negara ini berhubung isu keluarga. – MINGGUAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×