YAN: Perasaan tidak sedap hati seorang anak melihat ibunya memeluk jiran seperti tidak akan berjumpa lagi rupanya tanda dia akan kehilangan insan tersayang itu selama-lamanya. Ahmad Ramzi, 48, anak kedua kepada Naemah Mohamad, 70, berkata, hanya dua jam selepas melihat situasi itu, dia menerima perkhabaran duka apabila ibunya bersama rakan wanita itu maut dalam kemalangan di Jalan Sungai Limau Dalam, di sini, kelmarin. “Sebelum itu, ibu ditemani rakan-rakannya yang menetap…