BATU PAHAT: Hanya lima pasang stoking yang mempunyai cetakan kalimah Allah ditemukan di sebuah kilang yang ditularkan sebagai pihak pengeluar produk kontroversi itu. Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, lima pasang stoking berkenaan merupakan stoking yang dipulangkan oleh salah sebuah cawangan pasar mini KK Mart Sunway di Selangor. Katanya, hasil pemeriksaan terhadap 18,000 pasang stoking yang terdapat dalam enam bungkusan besar di kilang berkenaan mendapati tiada…










