Goodyear tutup kilang di Malaysia

Goodyear tutup kilang pembuatan di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Syarikat pengeluar tayar ternama, Goodyear mengambil keputusan menutup kilang pembuatannya, di sini, berkuatkuasa 30 Jun depan selepas lebih 40 tahun beroperasi.

Penutupan sepenuhnya dijangka selesai menjelang akhir tahun ini oleh syarikat yang memulakan jualan produknya lebih 90 tahun di negara ini bermula pada 1929.

Presidennya di rantau Asia Pasifik, Nathaniel Madarang berkata, keputusan tersebut diakui bakal menjejaskan kira-kira 550 kakitangan selepas kilang yang beroperasi dekat Seksyen 15 sejak 1972 itu ditutup.

“Pasti akan ada kesan terhadap kakitangan dengan penutupan fasiliti dan dalam hal ini kira-kira 550 kakitangan terlibat dalam operasi di Malaysia akan terjejas.

“Namun, kami komited untuk memastikan langkah wajar dan ketelusan dalam proses tersebut sebagai tanda hormat kepada kakitangan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Berdasarkan laman web syarikat multinasional (MNC) itu, penglibatan Goodyear di negara ini bermula pada 1908 apabila syarikat The Goodyear Orient membeli sebuah firma getah yang ditubuhkan di Singapura.

Pembelian firma tersebut bertujuan mendapatkan getah dari Malaysia dan Indonesia. Penjualan produk Goodyear di negara ini bermula pada 1929 menerusi Goodyear Sales Company yang dibuka di Singapura.

Dalam pada itu, Nathaniel menjelaskan penutupan fasiliti di negara ini merupakan sebahagian daripada pelan transformasi syarikat untuk mengoptimumkan pengeluaran dan portfolionya.

“Seperti yang dimaklumkan, Goodyear Forward merupakan program transformasi yang turut dirancang untuk mengembangkan margin dan meningkatkan nilainya dalam kalangan pemegang saham.

“Ia akan melibatkan tindakan tertentu untuk mengurangkan kos setiap tahun sehingga RM1 bilion pada 2025 supaya dapat memastikan syarikat kekal kompetitif sebagai peneraju industri,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN