KANGAR: Siapa sangka di sebalik kawasan perumahan penduduk sekitar Bukit Besi Hangit di sini, di kawasan berhampiran tersimpan peninggalan sejarah purba iaitu gerbang laut semula jadi dipercayai berusia ratusan juta tahun yang masih kekal terpelihara. Penemuan tersebut mula disedari oleh penduduk setempat sekitar 2008 sewaktu meneroka kawasan berkenaan dan kemudiannya dikaji secara lebih mendalam oleh Perlis Nature Xplorer (PNX). Sewaktu memasuki kawasan bukit di lokasi berkenaan semalam, kelihatan secara jelas…