Dua pelajar Malaysia maut dalam kemalangan di New Zealand

Dua pelajar Malaysia maut dalam kemalangan di New Zealand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua pelajar Malaysia maut dalam kemalangan jalan raya di New Zealand.

Wisma Putra dalam satu ke­nyataan memaklumkan, keja­dian di Lake Tekapo pukul 1.45 petang waktu tempatan semalam turut membabitkan tiga lagi pelajar Malaysia yang kesemuanya sudah diterbangkan ke Hospital Christchurch di South Islands untuk mendapatkan rawatan segera.

“Suruhanjaya Tinggi Malay­sia di Wellington dengan bantuan komuniti Malaysia di Christ­church sedang menghulurkan bantuan konsular sewajarnya kepada mangsa dan ahli keluar­ga bagi memastikan pengurusan kebajikan kesemua mangsa berjalan lancar.

“Kementerian Luar Negeri dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia sedia membantu sekiranya pihak waris membuat keputusan untuk membawa pulang jenazah ke tanah air.

“Kementerian Luar Negeri juga ingin merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden ini,” jelas kenyataan itu.

Menurut Wisma Putra, dua pelajar yang disahkan meninggal dunia ialah Megat Ashman Aqif Megat Irman Jefni dan Wan Nur Adlina Alisa dari University of Canterbury.

Tiga lagi pelajar yang cedera dalam kemalangan sama ialah Nur Firas Wafiyyah dan Lya Issable Anak Walton dari University of Canterbury serta Muhamad Faris Mohd. Fairusham dari Victoria University of Wellington.

Dalam pada itu, menurut laporan portal NZ Herald, seorang saksi awal yang berada di lokasi kejadian menceritakan bagaimana dia memberikan bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) kepada mangsa.

“Tidak pernah saya membayangkan diri saya melakukan CPR terhadap seseorang di jalan raya,” katanya melalui hantaran dalam media sosial.

Sementara itu, Polis Daerah Operasi dan Pengurus Bantuan New Zealand, Inspektor Craig McKay berkata, sejumlah petugas perkhidmatan kecemasan termasuk tiga helikopter penyelamat dikerah ke lokasi kejadian bagi melakukan operasi menyelamat.

“Pasukan kecemasan bertungkus-lumus menyelamatkan kesemua mangsa, namun tiga daripada mangsa (seorang warga tempatan) tidak dapat diselamatkan..

“Situasi di lokasi kejadian amat mengerikan kerana mang­sa tersepit di dalam kenderaan dan beberapa bahagian perlu dipotong untuk mengeluarkan mereka,” katanya.

Tam­bah McKay, pi­hak berkuasa sedang menyiasat pun­ca kemala­ngan. – MINGGUAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN