Dua maut, kereta bertembung di Salong - Utusan Malaysia

Dua maut, kereta bertembung di Salong

DUA maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Kampung Salong, di Chini, Pekan, Pahang. - FOTO IHSAN POLIS PEKAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: Dua maut apabila kereta dinaiki mereka bertembung dalam kemalangan di Jalan Kampung Salong di Chini kira-kira pukul 8.30 pagi hari ini.

Berdasarkan maklumat, mangsa yang maut merupakan jururawat, Noridah Abd. Jalal, 49, dari Chini manakala seorang lagi mangsa, Azmi Nujaini, 42, berasal dari Tawau, Sabah.

Ketua Polis Pekan, Superintenden Mohd. Zaidi Mat Zin berkata, kenderaan terlibat merupakan Perodua Axia dan Proton Saga.

Menurutnya, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan di situ.

“Hasil siasatan awal mendapati, Perodua Axia dipandu Noridah datang dari arah Salong menghala ke Chini manakala, kereta Proton Saga dipandu Azmi pula dari arah Chini menghala ke Salong.

“Sejurus sampai di lokasi kejadian, pemandu Axia dipercayai. hilang kawalan sebelum melanggar kenderaan Proton Saga yang berada dilorong bertentangan.

“Akibat pertembungan tersebut, kedua-duanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini. hari ini.

Mohd. Zaidi berkata, ketika kejadian keadaan cuaca dalam keadaan baik dan keadaan jalan juga adalah lurus serta tidak licin.

“Kes kemalangan tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN