PETALING JAYA: DAP dijangka tidak berdepan sebarang masalah dalam mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong. Penganalisis politik Pusat Perdana Fakulti Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur, Dr. Mazlan Ali berkata, ini kerana kawasan tersebut adalah kubu kuat DAP. Malah, katanya, Perikatan Nasional (PN) yang dilihat membangkitkan isu yang tidak mesra bukan Melayu mampu memberi kelebihan kepada parti yang membentuk Kerajaan…










