PADANG TERAP: Sejak memulakan perniagaan kira-kira 21 tahun lalu, kuih-muih dijualnya tetap dengan harga 10 sen sebiji yang langsung tidak pernah dinaikkan bagi memberi peluang orang ramai membelinya. Namun, dek kerana peningkatan mendadak harga barangan keperluan termasuk bahan mentah untuk menghasilkan kuih, Roslina Saad, 55, terpaksa menaikkan sedikit harga 15 jenis kuih dijualnya. Bagaimanapun, perniagaan Roslina di Felda Lubuk Merbau, Kuala Nerang tetap laris seperti biasa apabila pelanggan berpusu-pusu membeli…