KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan berharap Kementerian Pengangkutan membenarkan bas pelancong dari Thailand untuk masuk ke negeri-negeri sempadan dalam usaha merancakkan industri pelancongan. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Datuk Kamarudin Md. Nor berkata, jika peraturan itu dilonggarkan sektor pelancongan termasuk Kedah, Perlis dan Perak akan berkembang dengan lebih pesat sekali gus merancakan pertumbuhan ekonomi. Menurutnya, peraturan yang sedia ada sebelum ini tidak membenarkan bas pelancong dari Thailand untuk…