Bapa terlalu sedih anak OKU lemas menjelang Ramadan

Bapa terlalu sedih anak OKU lemas menjelang Ramadan

GAMBAR kenangan Muhamad Izhar di samping bapanya, Arshad Mahamad.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIK: Kematian seorang kanak-kanak lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) akibat lemas di Sungai Muda, semalam terlalu sukar untuk diterima oleh keluarganya apatah lagi menjelang bulan Ramadan.

Mangsa, Muhamad Izhar Arshad, 11, yang merupakan OKU pembelajaran ditemukan lemas kira-kira pukul 8 malam setelah disedari hilang dari rumah sejak pukul 4.30 petang.

Bapanya, Arshad Mahamad, 49, tidak dapat mengungkap kata-kata kerana terlalu sedih dengan kejadian menimpa anak bongsu daripada empat beradik itu.

“Saya reda dengan ketentuan Ilahi, namun sedikit terkilan kerana esok semua umat Islam menyambut Ramadan, tetapi saya kehilangan anak,” katanya ringkas ketika ditemui.

Jasad Muhamad Izhar ditemukan penduduk kampung di dasar sungai yang berjarak 20 meter dari tempat pakaiannya ditemukan dan kanak-kanak itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tala sebaik selesai proses bedah siasat.

Sementara itu, kejadian menimpa kanak-kanak itu menimbulkan tanda tanya kerana penduduk setempat jarang pergi ke lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

Pengarah pasukan Briged Sukarela Yayasan Jariah Malaysia (BSYJM), Mahadzir Abdul Hamid berkata, tebing kawasan sungai itu memiliki curam berketinggian kira-kira 10 meter.

“Penemuan pakaiannya yang disangkut pada dahan pokok di tebing Sungai Muda menjadi petanda bahawa lokasi terakhir Muhamad Izhar adalah ke sungai itu selepas tiga jam pencarian dilakukan di sekeliling rumahnya dan rumah-rumah jiran,” katanya.

Menurutnya, Muhammad Izhar ditinggalkan bersama abang-abangnya ketika bapanya yang bekerja sendiri keluar bekerja dan ibunya pula berkhidmat sebagai jururawat di sebuah klinik.

“Kebetulan petang semalam ibunya mendapat panggilan ‘on call’ sekitar pukul 3 petang dan setelah bapanya pulang baru abang-abangnya menyedari adik mereka tiada dalam rumah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN