PETALING JAYA: Sikap ibu bapa orang asal Sabah yang enggan menghantar anak mereka tinggal di asrama sekolah mahupun ke sekolah harian harus ditangani segera dengan kerjasama melibatkan beberapa kementerian. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Fouzi Singon berkata, kerjasama itu penting bagi membuka mata ibu bapa tentang kepentingan pendidikan. “Kerjasama erat daripada pelbagai pihak perlu bermula dengan ibu bapa sendiri, kemudian kerjasama antara Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah,” katanya. Terdahulu Utusan Malaysia melaporkan, masih ramai kanak-kanak di Sabah ketinggalan dalam pendidikan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya