Petaling JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bertemu dengan Presiden Frank-Walter Steinmeier bagi membincangkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Jerman. Perdana Menteri, yang tiba di sini pada Ahad untuk lawatan rasmi enam hari ke Jerman, disambut Steinmeier di Istana Bellevue yang menempatkan Pejabat Presiden, pada pukul 2 petang waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia). Perdana Menteri menandatangani buku tetamu sebelum memulakan mesyuarat dengan presiden itu. Ini merupakan pertemuan kedua…