MELAKA: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) terkilan apabila Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 yang berakhir semalam tidak melibatkan langsung peranan agensi itu. Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, sepatutnya Angkasa wajar dilibatkan dalam KEB 2024 kerana koperasi itu mempunyai keahlian seramai 7.3 juta. Menurutnya, selain itu, ahli koperasi di seluruh negara sebanyak 90 peratus adalah dalam kalangan bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak. Beliau berkata, pada 2022 perolehan daripada koperasi itu menyumbang sebanyak RM45.5 bilion atau tiga peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). “Sewaktu perbincangan libat urus serta resolusi yang digariskan, saya tak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya