KUALA LUMPUR: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang beri kerjasama penuh terhadap siasatan polis berhubung kenyataan beliau bertajuk ‘Ketinggian Islam wajib dipertahankan’. Setiausaha Politiknya, Mohd Syahir Che Sulaiman berkata, pertemuan selama hampir satu jam telah berlangsung antara Abdul Hadi dan dua pegawai polis di Pejabat Agung Pas, di sini, bermula pukul 2.19 petang tadi. Kata Mohd. Syahir, Abdul Hadi telah dikemukakan beberapa soalan oleh pegawai penyiasat dan memberi kerjasama…










