PETALING JAYA: Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diingatkan supaya menyemak status institusi pendidikan tinggi (IPT) yang dimohon bagi memastikan program ditawarkan mendapat akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, ini kerana masih terdapat lima peratus atau kira-kira 600 kursus yang ditawarkan di IPT belum mendapat akreditasi kerana tidak memenuhi piawaian. “Bagi mengelak terambil kursus-kursus yang tidak diiktiraf MQA, lepasan…