JOHOR BAHRU: Mahkamah Sesyen, di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda RM50,000 terhadap seorang lelaki warga Indonesia selepas mengaku bersalah memiliki lima ekor burung murai batu, iaitu spesies yang dilindungi. Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim turut memerintahkan Sadiyo, 27, dipenjara satu tahun sekiranya gagal membayar denda berkenaan. Lelaki itu gagal membayar jumlah denda yang dikenakan terhadapnya. Berdasarkan fakta kes, lima pegawai penguat kuasa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bersama-sama tujuh pegawai polis cawangan risik Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) menjalankan pemeriksaan di premis kediaman pekerja…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya