Warga emas maut dilanggar MPV - Utusan Malaysia

Warga emas maut dilanggar MPV

POLIS menjalankan pemeriksaan di kawasan di Kilometer 63, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam yang mengakibatkan seorang warga emas maut dilanggar sebuah MPV.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Seorang lelaki warga emas maut akibat mengalami kecederaan parah dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 63, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, mangsa, Son Ah Kow, 70, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat dilanggar Toyota Estima dipandu Chia Chee Kiong, 46, pada pukul 9.13 malam.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika kenderaan itu dalam perjalanan dari arah Johor Bharu ke Ayer Hitam, manakala mangsa berjalan kaki. 

“Mangsa dikatakan berjalan kaki di tengah-tengah jalan sebelum dilanggar oleh MPV berkenaan kerana keadaan jalan gelap akibat tiada lampu jalan.

“Mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Pemandu MPV itu tidak mengalami sebarang kecederaan manakala kenderaan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN